hurm, baru nk menaip utk cerita siri 03 berdasarkan kisah benar yang terjadi pada family ni baru2 ni, xsmpi seminggu lg kot, so kekawan, pelis le bawak2 bersabar ye as we still on recovering process.
bila aku keluarkan siri 02 yang lalu, ramai bertanya mana 03, taip la skrg (maaf ye, xdpt memenuhi permintaan korg kerana aku terasa amat letih dan kerap tdo awal atau tak bole tdo :P) dan selang bbrp jam/hari lepas siri 02 diterbitkan (published), ramai dok bertanya, mana hantunya?mana mistiknya? hurmmm..aku xkata aku nmpk or aku tak pasti si kenit nmpk juga atau tidak, baca yang siri 02 mungkin boleh faham ye. kalau tak faham, marilah membaca siri 03 ini pulak. OK, meh aku mulakan kisah siri 03 ini bersambung pada siang hari kedua selepas almost whole night aku tak leh tdo ye.
"apa jd pada kereta aku yg bapak Anis pergi tengokkan tu and apa yg terjadi pada izz pada mlm kedua pulak....semuanya akan terungkai dalam siri 03...."
okeh, kite sambung dgn bile bapak n mak Anis dtg rumah, tp aku masih lg terbongkang akibat keletihan yg teramat sgt selepas jam 6.20 aku baru dpt lelapkan mata. Sah aku langsung tak sedar n tak tau pon diorg dtg smpi aku tanya, mak mana? "dh balik dh, singgah kejap je td dan bapak dah tgkkan kereta awk yg tersadai depan rumah org tu. the funny thing is, kereta awk tak boleh dihidupkan sbb wayar tak bersentuhan dengan bateri kereta sbb dh loose, n dia pesan bawak workshop nnt, mintak diorg gantikan kepala bateri kete tu." owh, baru aku tau kepala bateri kereta bole diganti2..ingat selama ni lau kepala tu jahanam, jahanam gak la poket aku nk keluarkan $ utk beli bateri baru yg aku pasti lg expensive compare dgn nak ganti kepala bateri je...huhuh :P
so, terjawab lah sudahkan apa terjadi pada kereta tu? so, jom lupakan pasal kereta, kite sambung kisah gangguan ni.
OK, after what happen to us d night before, aku decide utk teruskan Ayat Ruqyah tu berkumandang di bilik izz dan bilik aku (hanya menggunakan baby monitor aku dpt pasang both room dh) dan di hall aku pasangkan surah yassin sepanjang hari dan dijangka selama 3-4 hari berterusan.
Hendak dijadikan cerita pada hari kedua ni merupakan befday mak teh si izz ni, so lepas maghrib kitorg decide utk join befday dinner dekat cozy restaurant, ampang park, kuala lumpur. Anis kata terpulang pada aku sama ada nk pergi atau tak, sama ada yakin atau tidak. InsyaAllah, kite tawakkal je kata aku pada Anis. Semua itu kuasaNya kan?so, kitorg gerak dr rumah jam 6.00pm sbb nk pastikan sampai kt restaurant tersebut sebelum maghrib. Sesampainya kami di sana, majority dh smpi, cuma tinggal 3 org je lg. Amnah, Zhafrie dan Hafiz. So, selesai makan, izz silih berganti tangan dan tiada dikawasan meja, ramai bertanya, aku just cerita experience n what happen for d 1st nite. Aimi said, Hafiz volunteer, kalau malam ni jadi apa2 lagi, just call je aimi, then diorg akan datang.
Selesai dinner around 8.30pm, pergi window shopping, then decide balik sbb tak nak terlalu lewat izz balik.
sekitar 9.20pm kitorg dh smpi rumah, siap2kan izz utk tidur, seperti biasa rutin, lapkan dia sblm tidur, tukar baju n tukar diaper. ayat ruqyah masih lagi berterusan berkumandang di kedua2 bilik.
Anis letih sgt hari tu katanya, dia cakap dia nk tidur dulu, kalau ada apa2 just bangunkan dia aje.aku bawak dia letak di cot dia,smbil aku terus cuba landing sebelah dia, skali lagi terjadi benda yg sama cm mlm before, dia merengek bile letak dlm baby cot...alahaiiiiii....xhabis lg ke? aku angkat, n main2 dgn dia kt tmpt aku baring tu. Then try lagi skali, pon sama..kali ni aku bawak izz masuk bilik sebelah dan letakkan dia sebelah Anis yg tengah tidur. dia mmg nmpk letih n ngntok, baru je nak dpt betul2 lelapkan mata, tak smpi 2-3 minit dia akan merengek, aku tepuk2 lg dia, hampir nk tertidur, sama jugak, 2-3 minit dia akan merengek smpi 3-4 kali aku buat, pon sama. dia seakan tidur diganggu. cmne ek nk ibaratkan? erm, cmnila, katala korg letih sgt/ngntok sgt, korg nk tidur..nk sgt tidur, tp bile korg baru nk dpt smpi tahap lelap betul, ada org goncang2 badan korg xkasi korg tidur,cmtu la lebih kurang.
(so, to those yang tanya mana hantu2 tu, aku boleh cakap cerita ni lebih berkisar Tidur Malam yang Diganggu oleh Makhluk Halus yang langsung tidak kita nmpk dgn mata kasar, xpasti utk budak sebaya izz boleh nmpk lagi atau tidak)
Dah tu, aku angkat dia letak kt hall, pergh, aktif gile. Agaknya tak ngantok lg kot sbb sepanjang perjalanan kami dari Ampang Park - Putrajaya, dia lena dan nyenyak tidur. takpela, kitorg bg smpi jam 10pm. dh pukul 10pm kitorg try lg skali...pon sama gak terjadi, Anis dh tanya nk call Hafiz? aku cakap nnt dulu, aku nk usaha gak buat dia tidur, aku bawak dia kt hall cuba tidurkan dia tidur (biasalah izz, bile tak dlm cot, tak terasa nk tidur pon, sibuk nk main dan mata segar lg adala. Setengah jam selepas tu, Anis tanya lagi, kali ni aku kata call la, lewat sgt pon nnt lg lewat Hafiz datang. Kesian pulak kt diorg dtg lewat2 nnt.
So, sepanjang menunggu Hafiz datang tu, dh around 12.30 am dan selama tu la izz masih lagi tak tidur2. terpaksa menemani kitorg tgk tv dan kitorg terpaksa tgk tv utk temani izz spy tak ngantok lg. dlm 12.30 am pintu ada bunyi knock. hurm...aku menuju ke arah pintu...ku buka perlahan2 pintu tu utk jenguk ke luar. Rupanya Hafiz, Aimi dan mak dah sampai..SASPEN je kol 12.30 am..hahaha :P
Aku pelawa diorg masuk, Hafiz tanya izz tak tidur lg? heheh..jawabnya TAK. Hafiz terus ke bath room amik wuduq dan tanya bilik izz. Ops, cerita skit la, Hafiz ni boy fren si Aimi n ada menuntut gak la utk perubatan islamic tradisional, selesai berwuduq dan bertanyakan arah qiblat, dia terus berada di bilik izz, xdpt nk dipastikan dia buat apa (terpaksa tulis siap2, aku tau korg mst nk tnya nnt dia buat apa...haha), dlm pukul 1am, dia datang kt hall dan amik izz bawak masuk bilik sambil aku temankan izz, letakkan dia dlm cot, tgk dia ok je bermain2, pada aku part masuk cot main mmg SANGAT OK, tp part mencabarnya ialah masa dia nk tidur.. aku teman dan berborak dgn hafiz sambil perhatikan izz, hafiz kata, takpela long, tgk la bola (kebetulan tengah final FA Cup), aku tinggalkan mereka berdua..
Dlm 15-20 minit, hafiz keluar dari bilik izz, TANPA IZZ. Hafiz cakap izz dh tidor...owh, dalam hatiku berbunga betul dpt tidurkan si izz tu pada jam 1.20am, bersyukur sgt2. Hafiz tanya lagi, biasanya kalau dia terjaga, brapa lama akan ambil masa? aku cakap tak lama, kurg dr 5 minit dia dh terlalak. so, Hafiz, Aimi dan mak decide utk stay for half an hour nk tgk kalau2 izz terjaga.
Jarum pendek sudah pon menunjukkan pada nombor 2, sudah pukul 2 pagi, smua decide nk balik since izz dh xde menangis/merengek. Aku masih lagi di depan tv menonton aksi Final FA Cup selepas mereka balik, Anis pula dh masuk ke bilik utk sambung tidurnya. Keputusan perlawanan akhir FA cup ialah Chelsea berjaya menewaskan Liverpool dgn 2-1, frust tol. so aku decide nk tunggu lg bbrp minit nk tgk apa respon izz, so aku bukak game dulu. masa tu dh pukul 3am
Seperti yang dijangka, pukul 3.30am, izz dh terjerit2 dlm bilik. aku bajet, lapar kot, aku buat susu, tp langsung dia tak mau. dokong2 dia, dodoi2, pujuk dia, snyp seketika cuba letak kt cot, pon sama tak nak, lahai, last2 aku letak dia kt sofa, baring n peluk sblh dia, kejap je dia dh tertidur balik. Alhamdulillah. Aku lak? sambung main game, krg kalau aku tertidur, mmg terus tidur mati tak sedarkan diri dah. So, sambung smpi pukul 4am tgk dia cm xde apa (cuma dia bergerak2 dan bunyi skit2 eh eh je la, tp stiap kali jd cmtu, aku cepat2 baring n peluk dia, dia terus OK).
4.15 dia nangis lagi, baru aku nk dpt tidur, alahai...dokong, dodoi, ok je la plak.
6.20am dia jerit tak hengat, tp aku rasa time tu sah dia lapor, aku buat susu, dia minum, tidur atas aku, aku pon terlena kejap dan tak smpt nk letak dia balik atas sofa, anis dh keluar, dia tanya, awak tak tidur lg? tak kejutkan izz? aku dlm keadaan mamai, terus jawab, tak tidur lg. dia arahkan aku masuk bilik, terus aku masuk bilik..pastu aku padam terus..hahaha, tak tau apa jd pastu, kalau nk tau, suruh anis tulis blog dia lak, apa terjadi lepas setiap kali aku padam...kekekek..lg skali aku padam, kol 9.30am baru aku bangun..hurm another 3 hours je aku dpt tdo..hahahah
so, aku tamatkan siri 03 kt sini dulu bleh tak? aku ngntok ni, kol 4.30am ni, kol 7am jap g aku nk gerak g perhimpunan hari pekerja lak kt MIECC, kang ada collapse lak..hehehe... for the siri 04, aku akan ceritakan skit lg secara rambang yg siang hari kedua tu aku g darul syifa' dan malamnya didatangi oleh ustad darul syifa' utk melihat sendiri rumah dan baby cot izz sama ada, ada benda yg bersarang atau tinggal didalam rumah tu...n cara2 dan tips yg diberikan oleh kedua2 ustad darul syifa' yg berlainan tu. dan conclusion for malam ketiga dan keempat ;) hari ni baru malam ke-enam..kan aku dh cakap baru lg, n less than a week ;) sori kawan2...buat korg tertunggu2, tp series aku ngntok...huhu
than asal aku rajin nk tulis citer ni mst tgh2 malam/pg2 bute...hadoiyaiiii
0 comments:
Post a Comment