{ Aku+Dia+Dan+Sesuatu }

Thursday 13 December 2012 0 comments
Assalam, back to the story of myself, too much story of mystic smpi i forgot to tell this blog is mine, i should share the story of mine. kot korg bosan n rasa menyampah nk baca story aku, sorry in advance i have to say this.

AAK~!!!

Allahamdulillah kupanjatkan syukurku kepadaNya diatas nikmat dan limpahan rezeki yg telah diberikan olehNya kepada ku untuk dikongsikan bersama keluargaku dan ahli fakir yang layak menerimanya. Bercerita tentang rezeki yang wajib dikongsikan bersama fakir, adakah kite telah menunaikan pembayaran zakat harta pencarian kita di PPZ terdekat atau secara online? tahukah anda pembayaran zakat sememangnya tidak pernah membebankan kita? hanya 2.5% sahaja zakat perlu dikeluarkan, bukanlah dr pendapatan sepenuh kite, tetapi pendapatan yg telah ditolak dgn perbelanjaan wajib utk keluarga kita. berikut adalah info dan cara pengiraan zakat :

Takrifan Zakat Pendapatan

Menurut Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr. Hussein Shahatah, zakat gaji dan pendapatan diistilahkan sebagai zakat al-Mal al-Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional.

Takrif Zakat Gaji dan Pendapatan

Zakat Gaji dan Pendapatan termasuklah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan sebagai balasan perkhidmatan yang berupa gaji, upah, bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah, elaun, honorarium, pampasan, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk perolehan semasa hidup, bersara atau mati dan apa jua pendapatan berdasarkan kerjaya atau sebagai ahli profesional.

Terdapat dua kaedah mengira zakat pendapatan iaitu:



RM RM
Cara 1 Pendapatan Kasar Setahun x 2.5% (jika melebihi nisab)


Contoh: RM30,000.00 x 2.5%
750




Cara 2 Pendapatan Yang Layak di Zakat x 2.5% (setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenarkan)


Contoh:


A. PENDAPATAN dari sumber seperti elaun, bonus, dividen yang diterima (setahun) 30,000

B. TOLAK PERBELANJAAN yang dibenarkan (setahun)


1. Diri 8,000

2. Isteri 3,000

3. Anak 4 orang x RM1,000 4,000

4. Pemberian kepada ibu bapa (contoh: RM100 × 12) 1,200

5. KWSP (contoh: 11%) 3,300

6. Caruman ke organisasi / koperasi / institut kewangan yang membayar zakat bagi pihak pencarum dan pendeposit (contoh: Lembaga Tabung Haji) 900

Jumlah Tolakan 20,400

C. PENDAPATAN YANG LAYAK DIZAKAT (A - B) 9,600

D. ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR (kerana C lebih dari nisab) RM9,600 × 2.5%
240

E. JUMLAH POTONGAN GAJI ZAKAT SEBULAN (RM240 ÷ 12 bulan)
20


1 bulan, RM20 daripada nilai tahunan gaji kita yang mencecah RM30k sahaja yang perlu disumbangkan kepada fakir, adakah ia sesuatu yang membebankan?

Tepuk Dada, Tanya Selera !!!

eh, apa kaitan cite aku dgn zakat kan? ishhh..jauh terserong ni..hehe..

ok back to landasan cite aku, kalau ada yg rajin dan mengikuti blog2 aku yg kerap tertinggal2 sblm ni, aku ada mention aku pernah mengalami 1 keadaan stress, tp yg masih boleh dikawal, STRESS yang berada pada tahap SERIUS TAPI TIDAK KRITIKAL. apakah simptom² yg membolehkan aku tahu stress aku datang balik? aku ada mention dlm post sblm ni, tp, aku citer je la simptom-simptom stress ni :
1. Tangan Menggigil
2. Rasa nk pitam - terhuyung hayang
3. Semput - sesak nafas
4. Asyik nak mara - kurang terkawal

cesss..skrg ni pn tgn aku menggigil ni dh kenapa? ishhhhh...

 OK, short story balik...last 3 weeks aku mengalami perasaan yang sama, dan mula timbul rasa stress n effect kpd my jatidiri, terasa malas sgt nk g keje,malas nk bgn pagi...benda ni berlanjutan smpi seminggu lebih. mujur aku dikelilingi oleh orang² yang masih menyayangi diri ini, aku try to be strong, tp masih tetap terasa yang kosong dlm diri ini. Ramai yang menyuarakan pendapat dan pandangan (walaupun xdela ramai mana pn, tp anak buah aku cakap, lebih dr satu tu byk, kire, lebih sorg tu ramaila kan?) supaya aku mula menyibukkan diri dgn kerjaya dan buat kerja luar. Am trying to do this, alhamdulillah mmg berkesan, tp unfortunately, bila malam, xde keje, bile terpk balik, aku xleh fokus, perasaan tu dtg balik, rasa menggigil, semput laju je singgah kt diri ini.

Erm, selang bbrp hari kemudian, aku terus mencari dan mencari arah, dan mencerita kepada kawan2 yg lain spy aku dpt judge dan penilaian yg berbeza dari org2 yg tidak berapa mengenali diri ini, sehinggalah aku ketemui something yang setia mendengar, setia menemani, dan setia serba serbi. membuatkan aku..... (to b continue, am not too strong rite now..so sorry kawan2)

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 love.is.in.the.air | TNB