kisah gangguan makhluk halus siri 01

Monday 7 May 2012 0 comments
Salam,
aku mulakan blog hari ini dgn Al-Fatihah agar penulisan ku kali ini tidak diganggu dan tidak mengganggu sesiapa yg berada di dalam rumah ini.

cerita ini bermula pada tarikh Mei, 4 2012.
Al-kisahnya bermula dengan cerita Anis last day closing utk Hewlett Packard, so, asalnya kata dia, dia nk last day submit report pada 12.00pm hari Jumaat tersebut. dan aku pula mendapat MC setelah bertemu dgn doktor psikiatri pada hari sebelumnya. menceritakan diri aku lemah dan tidak larat kerana ketegangan stress, doktor telah memberikan aku cuti rehat 1 hari utk berehat dan melegakan tulang belakang dan bahu aku. So, pagi Jumaat tu, disebabkan aku cuti, aku ambil turn utk hantar lil Izz ke taska dia yg terletak di Desa Pinggiran Putra. abis antar, terus aku balik rumah dan bersantai. Anis lak kata last post around 12pm, so dia kata lepas last posting, dia nk ajak lepas solat Jumaat utk pergi lunch. so pagi tu aku rehat n tido. dh nk time solat, aku pon bersiap. lewat jugak aku keluar rumah untuk kemasjid mendirikan solat jumaat, sempat gak la mengusik Anis di biliknya yg kusyu' nk serahkan report before 12 pm.
Disebabkan kereta Savvy aku dh lama tersadai sbb xbrapa nk sihat (malas la plak nk cite, ti panjang jela cite ni tapi tak masuk topik langsung). so, aku pon memulas kunci dan menghidupkan enjin..agak semput pada mulanya..lama kemudian savvy aku kembali bernyawa dan memulakan perjalanan ke surau Presint 11A. dlm perjalanan nampak 2 org budak berbaju melayu, dlm hati aku kata mst nk ke masjid, aku berhenti dan menumpangkan mereka hingga ke masjid dan aku teruskan perjalanan mencari parkir utk kereta, disebabkan dh lewat, aku parkir jauh kereta ke kawasan perumahan dan letak di hadapan rumah org.

Belom pon sampai, Imam dah memulakan takbiratulihram, argh, telambat aku ni..berlari2 anak terus ke Masjid. Sesampainya masjid, smua tempat dh penuh, mujur aku bawak sejadah sendiri. aku lihat makmum sblh aku mcm nk sembahyang terus sujud ke atas tanah, tanpa byk pk, aku pon melintangkan sejadah agak dpt berkongsi dengan makmum sebelah dan bersolatlah aku berjemaah dengan berbumbungkan langit dan matahari yg terik.

Sesudah solat Jumaat berjemaah, aku terus ke kereta aku, dh nmpk kereta, aku tekan punat pintu kereta dr kunci kereta, tak berbunyi...ahhhh, sah tak sihat lg ni...aku bukak manual, try pulak pulas kunci, pon sama, tiada respon...1/2 jam aku tunggu kt ctu dgn sedikit shade sehingga basah kuyup berpeluh. Akhirnya, aku decide balik ke rumah dengan berjalan kaki. Sesampai di rumah, aku mandi sementara anis belum lg selesai dgn cerita closingnya yg konon last posting pukul 12pm td..hehehe...

Macam2 plan nk buat ri tu kononnya, kereta semput nk kena hantar workshop Ah Heng di Kajang, Anis nk ke HP utk amik parcel CD lil Izz yg baru sampai, nk g cari cabinet utk simpan baju izz dgn CD Izz yang makin bertambah tu nnt. Last, kitorg keluar around 4.30pm, plan asal byk tertukar :

1. Pergi ke HP, amik parcel CD izz - sukses
2. Hantar kereta Savvy ke workshop Ah Heng - kansel, sbb aku pergi balik ke kereta kol 4.30pm tu, tp still tak leh nk start jugak.
3. mencari cabinet - sukses, cari di alamanda, tu pun selepas buat plan no 4 bawah ni.
4. plan tambahan : ambil izz sbb by d time balik dr HP, dh pukul 5.00pm, so smpi kt taska izz around 5.20pm

so, pendekkan cerita, aku pikap izz, then terus ke alamanda for LUNCH+dinner and nk cari cabinet pakaian izz. Sepanjang kt alamanda tu izz hepi sgt sbb kitorg LUNCH+dinner pon kt noodle station, so, playground kt sebelah dia je. Selesai urusan dinner+g carre4 mencari cabinet+beli kopi setabak around 6.30pm, memandangkan izz dh start tenyeh mata mengantok, kitorg decide nk terus balik...

Sampai je perkarangan Apartment kitorg, radio klasik nasional dh kedengaran azan berkumandang, dlm hati, Ya Allah, just nice je smpi dh azan.hurm, tawakkal je la bwk izz naik ke tingkat 12 tu nnt. So, aku bg Anis dgn Izz naik dulu sementara aku mencari parkir. Sampai kt rumah, aku tgk, izz dh masuk tdo dlm baby cot kt blik dia..aku biarkan dulu, solat maghrib, tgk tv..dlm sejam je dia tdo, dia bangun nangis cm biasa mintak diangkat..so, mlm tu cm biasa je laa....cerita yang peliknya akan sambung di siri 02...

teruskan menanti episod akan datang...mungkin aku buat 3 siri je kot, tak pun 4 siri iaitu cara2 yang ustad darul syifa' ada pesan kt aku..mungkin boleh berkongsi siri terakhir tu..
sekian sahaja penulisan digital saya buat kali ini
wassalam.

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 love.is.in.the.air | TNB