Selera Bersolat FRIDAY

Friday 10 June 2011 0 comments

Hai kawan², hari ni saya nk bercerita skit tentang solat BERJEMAAH dan apa ADAB ketika kite melakukan solat beramai2.

Senang ceritanye, begininilah. hari ni 10 June 2011 merupakan hari FRIDAY (maklum le, blog Isnin to Friday), seperti kebiasaanya, umat Islam lelaki akan mendirikan solat Fardhu (2 rakaat) bagi menggantikan solat Zohor dan semestinya ia akan dilakukan secara BERJEMAAH setelah selesai Khutbah Jumaat. Hukum bagi solat jumaat adalah Fardu Ain iaitu WAJIB dikerjakan atas setiap mukallaf LELAKI dengan syarat2 tertentu (petikan dr wikipedia..hehe)

So, dh menjadi kewajiban kepada setiap Lelaki, maka aku pun menujulah ke Masjid Sultan Zainal Abidin seperti lazimnya bersama2 dengan kawan sepejabat aku. di pendekkan cerita lah, semasa smua org mencari saf masing2, aku pon turut sama mencari sehingga aku pasti aku nk berada pada saf tersebut, aku pon mengeluarkan kunci kereta dan telefon untuk diletakkan di bawah supaya tidak mengganggu solat jumaat ku itu. org disebelah ku masih lagi silih berganti, maklumlah, ada je saf kosong dihadapan, mereka pasti ke depan untuk memenuhkan saf tersebut, aku pula disebabkan dah letak kunci dan telefon, tidaklah mahu berganjak dr situ sbb aku pon masih di baris yg agak hadapan..sampailah Imam sudah memulakan takbiratul ihram, masuklah 2 org lg utk penuhkan saf yg kosong di kiri dan kanan aku. Setelah pasti ada org, aku cuma merapatkan saf dengan makmum sebelah kiri kerana aku berada di sebelah kanan masjid (korg paham tak ni?hehe), namun makmum disebelah kanan masih tidak merapatkan dirinya. aku teruskan sahaja mengangkat takbir...

Allahuakbar...baru imam nk membaca al-fatihah, tertiba aku terbau suatu bau yang agak tengik..sah la, makmum sblh ni busuk berbau peluh. Disebabkan bau tersebut, sepanjang solat aku rasa terganggu. adoiii...setelah selesai solat habis, aku pandang ke makmum sblh kanan aku tu, baru aku perasan ramai ari ni yg menunaikan solat jumaat adalah peserta ROWING di putrajaya. Korang, tolong ler mandi sblm nk bersolat jumaat..bukankah kite tau adab dan perkara sunat ketika bersolat jemaah..so, kalau ramai yg tak tau, biarlah aku berkongsi skit benda ni...kot adalah yg dh lupe...


Syarat Wajib Solat Jumaat
  1. Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
  2. Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
  3. Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
  4. Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
  5. Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
  6. Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
  7. Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir.
Syara Sah Solat Jumaat
  1. Didirikan di dalam waktu Zuhur.
  2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.
  3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu.
  4. Didahului dengan dua khutbah 
dan apakah PERKARA SUNAT YANG DILAKUKAN hari JUMAAT?
  1. Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid.
  2. Memotong kuku.
  3. Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai].
  4. Bersugi.
  5. Memakai wangi-wangian.
  6. Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
  7. Bersegera pergi ke masjid.
  8. Berniat Iktikaf.
  9. Solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
  10. Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan berselawat ke atas Nabi.
Kenapa kite perlu memakai wangi-wangian ye? ini supaya makmum disebelah kite tidak terganggu solat dan tidak dpt pahala kusyu' dalam solatnye...jd, korang tolong la ye..

0 comments:

Post a Comment

 

©Copyright 2011 love.is.in.the.air | TNB